"aisshh , kenapa aku tak boleh tidur ni ? kenapa aku rasa macam ada benda tak kena ek ?" semalaman Nurul tidak boleh tidur , entah mengapa Nurul tidak boleh lelap ? Nurul pun tidak tahu . Adakah Nurul sedang memikirkan sesuatu ? dirinya pun tertanya-tanya mengapa , mungkinkah Nurul merindui kawan-kawannya ? Nurul terasa hatinya kuat mengatakan yang dirinya rindukan mereka . "adakah korang rindukan aku ?" bisik hati Nurul . Nurul terus mencapai album kenangannya bersama kawan-kawannya , bila Nurul membuka muka depan album , Nurul akan teringat pada kawan yang pernah buat dia ketawa dan air mata . Kerana kawannya itu sajalah kawan yang banyak aku kongsi cerita . Nurul amat rindukannya . Tetapi nak buat macam mana ? ini semua ketentuan takdir , bukan kita yang tentukan . Sekilas Nurul teringat akan wajah kawannya itu . Tanpa dia sedari air matanya menitis , setitis demi setitis . Adakah kawannya itu amat bernilai buatnya ? adakah kawannya itu pernah rasa apa yang dia rasa ketika ini . Entahlah , mungkin kawannya amat bernilai buat dirinya . Selepas Nurul melihat muka depan album itu , Nurul terus buka isi dalam album itu , dan tiba-tiba hatinya merasakan sesuatu yang amat mersentuh . "kenapa ? kenapa semua ini berlaku dengan sekelip mata ? aku rindukan korang , weyh ! korang , aku nak sangat kita macam dulu lagi . umm . . " bisik hati Nurul dengan air mata yang mengalir geras di pipinya . Sebenarnya , Nurul melihat gambar-gambar ketika dirinya sedang gelak ketawa bersama-sama Rasyiqah,Miza dan Fatini . Meraka adalah kawan yang paling berharga buatnya , adakah mereka masih mengingati dirinya yang telah pergi tinggalkan mereka ? adakah Nurul ini seorang yang jahat ? kenapa Nurul perlu meninggalkan kawan-kawannya sedangkan dia pernah berjanji dengan kawan-kawannya yang mereka akan berkawan sampai akhir hayat . Sekilas Nurul teringat detik-detik ketika mereka berjanji akan berkawan untuk selama-lamanya , "weyh, aku nak sangat korang bersama dengan aku buat selama-lamanya" ujar Nurul . "weyh, SUMPAH aku suka kawan dengan korang" ujar Miza membalas "aku pun sama , susah nak cari kawan macam korang semua" ujar Rasyiqah menyampuk pecakapan Miza . Apabila Nurul teringat akan detik itu , air matanya semakin geras menitis di pipi . Adakah Nurul sengaja meninggalkan kawan-kawannya tanpa berperasaan apa-apa ? adakah Nurul kawan yang dalam senang sahaja dan bila tiba susah dia akan tinggalkan kawan-kawannya ? atau mungkin Nurul dan kawan-kawannya berpisah kerana krisis yang amat menyakitkan hatinya ? ketika Nurul sedang membelek album kenangannya itu . "kring . . kring . ." telefon Nurul berdering menandakan ada mesej yang perlu di baca . Apabila Nurul terdengar telefonnya berdering dengan sepantas kilat Nurul mengambil telefon lalu membaca mesej yang bertulis "weyh, Nu ! kau tengah buat apa itu ? aku rindu ko kot . . bila nak jumpa ? da lama tak jumpa" . Selepas Nurul membaca mesej itu , Nurul mengeringkan kesan air matanya dengan kedua belah tangannya . Nurul terus membalas mesej itu dengan wajah yang girang . "Miza , aku pun rindukan kau ! aku baru saja teringat kat kau . bila-bila pun boleh saja kita jumpa . . aku tak kisah . sayang kau ! huhu" balas Nurul mesej yang telah dihantar oleh Miza itu tadi . Selepas Nurul membalas mesej yang dihantar Miza itu tadi . Nurul telah bercadang untuk ke rumah Miza , untuk mengeratkan hubungan yang telah lama terpisah . Nurul pun berjalan untuk ke rumah Miza , dalam perjalanan itu Nurul ternampak abang Miza yang sedang menuju ke taman berdekatan dengan rumahnya . Apabila Nurul berada di hadapan rumah Miza , Nurul berasa ragu-ragu untuk mengetuk pintu rumah Miza , tetapi Nurul kuatkan semangatnya lalu mengetuk pintu rumah Miza . " tuk . . . tuk . . . " Nurul mengetuk pintu rumah , lalu abang Miza yang bernama Imran telah membuka pintu yang di ketuk oleh Nurul itu tadi . "kenapa ? nak jumpa Miza ek ? Imran pun soal kepada Nurul . Nurul tidak menjawab dengan pertanyaan Imran itu kerana Nurul ternampak Miza di belakang Imran yang sedang tersenyum . Selepas beberapa jam kemudian , Nurul pun melihat jam tangannya yang menunjukkan 9.40 p.m . Nurul terasa takut akan maknya , kerana Nurul tidak mahu mengulang perkara sewaktu dia tingkatan 2 . Dalam 5 minit kemudian "weyh, Miza aku kena balik , takut mak aku risau . mintak maaf sebab tak dapat nak borak panjang dengan kau" Nurul bersuara setelah lama berdiamkan diri . Miza pun mengantar Nurul pulang , kemudian Miza pun kembali ke rumahnya selepas mengantar Nurul pulang . Dalam perjalanan Nurul pulang , Nurul melalui kawasan rumah Rasyiqah , dia teringat akan kenangan bersama-sama Rasyiqah . Hati Nurul berasa bagai terguris buat seketika . Apabila Nurul balik di rumah , "Nurul , kau nak pergi kem tak ? perbadanan buat kat Taman Wetland , ajak la kawan-kawan kau . Cepat bagi tahu sebab abah nak terus hantar kat perbadanan Putrajaya . Nurul tersenyum , lalu menganguk tanda setuju dengan ajakan ayahnya itu . Nurul terus mengantar mesej kepada Miza yang bertulis "Miza , kau nak ikut pergi Kem Remaja Gemilang 2009 tak ? percuma kot . . rugi tak pergi . " lalu Miza membalas " nak . . nak . . nak . .nak dan nak !" . Dengan membaca mesej itu , Nurul tersenyum . Nurul pun terus menuju ke rumah Zulaikha , jiran tetanggany a . "weyh, ieka kau nak pergi kem tak ? Miza pergi . percuma !"ajak Nurul
BERSAMBUNG . . .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment