*Hadirnya dirimu . . .
kubagaikan ingin bernafas
seribu tahun lagi.
- AKHIR SEBUAH CINTA -
*Siti Nur Dhuha*
Apabila yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya . Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi . Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga . Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku . Tetapi masa tidak dapat diputar kembali . Dan dia telah kehilangan segalanya .
"Hai, baru sekarang nak balik . Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka . Hebat perangai ustazah ni . Macam mana ? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke ? Atau bawak kau ke Golok ? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba-tiba berkata .
Dia. . . lelaki yang telah disyaki membunuh . Dia. . . lelaki yang banyak menyakitkan hati aku . Dia. . . lelaki yang sering membuatkan aku menangis . Dan dia. . . banyak melukakan hati aku . Dengan tiba-tiba air mata Mimi Atia menitis . Tengku Khuzairi . . . kenapa kau perlu datang dalam hidup aku .
Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu . Kau siapa ? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak ada apa-apa . Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyababkan abang aku dipandang hina . Kau akan musnahkan kehidupan dia . Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dengan saudara-mara aku .
-rugi x tngok !- syokkk abesss ! ! !
No comments:
Post a Comment