Saturday, December 26, 2009

Episod 2 : Kem Remaja Gemilang !

Nurul mengemas barang-barang untuk dibawa ke kem itu , Nurul risau akan Miza dan Zulaikha kerana esok pagi-pagi lagi mereka kena bertolak . Nurul pun membuat keputusan untuk ke rumah Zulaikha kerana rumahnya dekat dengan Zulaikha . "tok . . . tok . .Assalamualaikum ! Ieka . . !" Nurul mengetuk rumah Zulaikha dan sekali gus membeli salam . Apabila Zulaikha membuka pintu Nurul agak terkejut kerana Zulaikha nampak seperti orang yang tidak risau . " Ieka , kau dah kemas barang-barang untuk pergi kem esok ?" tanya Nurul dengan wajah yang risau . "aku tak siap lagi , kenapa ?"jawab Zulaikha dengan selamber . Nurul menggelengkan kepalanya dengan perbuatan Zulaikha itu , "kau kena kemas sekarang ! sebab esok kita kena bertolak awal , kemaskan cepat tau ! selepas itu kau mesej Miza cakap dia kemaskan barang-barang untuk dibawa ke kem itu ." ujar Nurul dengan wajah agak muram . Zulaikha hanya menganguk apabila melihat wajah Nurul seperti tidak suka dengan perbuatannya itu . "baiklah aku akan kemas barang-barang ! terima kasih tau sebab sanggup datang rumah aku untuk memberi tahu aku" ujar Zulaikha dengan nada yang bersalah . Nurul pun tersenyum lalu berlalu dari rumah Zulaikha . Apabila Nurul pulang , Nurul melihat barang-barang yang dibawanya itu sudah lengkap atau tidak . Selepas Nurul sudah selesai mengemas barang-barangnya , Nurul terus tidur kerana esok pagi dia perlu bangun awal kerana takut ayahnya marah .
Pada 16 disember 2009 , Jam 6.25 a.m. "Nurul ! ! ! bangun ! nanti abah lambat ke tempat kerja , kau nak pergi dengan abah cepat !" jerit ayah Nurul dengan nada agak kuat . Apabila Nurul terdengar suara ayahnya seperti marah Nurul terus bangun lalu terus mandi , selesai saja Nurul mandi Nurul memakai pakaian yang di sedianya semalam . Selepas Nurul siap , Nurul mengunggu kehadiran Miza dan Zulaikha , kerana Miza dan Zulaikha ingin menumpangnya . "Nurul , kau turun dulu ! bawa beg yang hendak dibawa ke bawah" ujar ayah Nurul dengan wajah risau . Nurul pun menurun lalu menunggu Miza dan Zulaikha , "kau tunggu lama ke ? aku mintak maaflah ya ?" tanya Miza dengan senyuman sinis . " lamalah juga . Tapi aku tengah risau dengan Zulaikha ni ." Miza pun membuat keputusan untuk ke rumah Zulaikha , dalam perjalanan Miza ke rumah Zulaikha dia ternampak Zulaikha sedang mengeluarkan beg untuk dibawa lalu Miza terus menuju ke arah Zulaikha dan terus bersuara "cepat ! cepat ! nanti ayah Nurul marah pula , dahlah kita ini menumpang saja . Cepat !" Mereka pun dengan sepantas yang mungkin , mereka menuju ke arah Nurul yang sedang risau . Mereka pun menaiki kereta ayah Nurul , lalu memdiamkan diri apabila melihat wajah ayah Nurul agak muram . Apabila mereka telah sampai di tapak perkhemahan . Mereka melihat suasananya seperti membosankan , ayah Nurul terus beredar kerena telah terlambat untuk ke tempat kerjanya . " macam bosan saja ." Nurul bersuara dengan wajah yang masam seperti cuka . Miza dan Zulaikha menganguk-ngangukkan kepala mereka . "adik-adik sila beri perhatian ! duduk di hadapan saya dan buat tiga barisan , kita ada aktiviti ni ." salah seorang petugas di kem itu bersuara . Mereka pun terus duduk dan membuat tiga barisan . Mereka melihat seakan-akan tidak mengeronokkan dan membosankan lalu salah seorang petugas itu memberi arahan supaya diam dan memberi perhatian sepenuhnya . Tiba-tiba Nurul melihat yang mereka perlu beri perhatian untuk ceramah yang akan didengari mereka . Selepas selesai memberi ceramah , mereka perlu membuat kumpulan . Sewaktu sedang memilih-milih kumpulan , Nurul,Zulaikha dan Miza tidak mahu berpecah , mereka memmasuki kumpulan yang sama . Kemudian , salah seorang petugas itu melihat yang mereka memasuki kumpulan yang sama lalu memberi tahu kepada mereka supaya berpecah dan masuk kumpulan yang sepatutnya . Mereka pun berpecah dan memasuki kumpulan yang perlu mereka masuk . Nurul melihat kumpulannya seperti tidak menyesonokan . Nurul pun bersuara , "nama korang semua ni apa ek ?" lalu kumpulannya memberi tahu nama-nama mereka semua . Selepas mereka memberi tahukan nama mereka , mereka terus tersenyum kepada Nurul . adakah kerana mereka melihat Nurul seperti menyeronokkan ? atau mungkin mereka ingin Nurul memberikan ideanya . "kenapa korang senyum ni ?" tanya Nurul dengan muka agak gelabah . "mana ada la . . tapi kau ada idea tak ? kalau ada bagilah . " ujar Hazwan iaitu ketua kumpulan Nurul . Nurul pun memberikan ideanya kerana dalam fikiran memang penuh idea untuk diberikan . "ada . . . nama kumpulan cuba kita buat imtiyaz iaitu bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu . Selepas itu , buat larh sorakan yang menarik tapi gempak !" ujar Nurul tanpa memikirkan apa-apa . Selepas Nurul memberikan ideanya , kumpulannya pun setuju lalu mereka mengucapkan terima kasih kepadanya . Selepas selesai aktiviti berkumpulan , mereka diberikan makanan yang enak-enak . Mereka beratur untuk mengambil makanan yang telah disedikan lalu membaca doa dan terus memakan . Selesai makan , mereka perlu solat zohor dan selepas solat mereka di suruh supaya memasang khemah masing-masing . Selesai saja solat mereka menuju ke tempat perkhemahan , lalu tanpa membuangkan masa Nurul,Miza dan Zulaikha memasang khemah , selepas mereka selesai memasang mereka merebahkan badan mereka di dalam khemah itu kerana terlalu letih . Selesai saja aktiviti-aktiviti yang seterusnya , pada jam 12 malam , mereka perlulah tidur dengan selena-lenanya , kerana esok mereka perlu bangun seawal-awal yang mungkin . Nurul melihat Zulaikha dan Miza yang telah lena tidur , Nurul tidak boleh melelapkan matanya , tetapi Nurul memaksa matanya supaya dia dapat melelapkan matanya . Pada keesokan harinya , jam 5.30 a.m. Miza mengedutkan Nurul dan Zulaikha supaya bangun dari tidur , Nurul pun sedar dengan kejutkan Miza itu lalu terus membuka matanya . "weyh, jom mandi !"ujar Miza kepada Nurul dan Zulaikha . Selepas mereka selesai mengemaskan diri , mereka pergi ke dewan makan untuk menjamah sedikit makanan sebelum memulakan aktiviti yang telah ditentukan . Selepas menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang telah dilalui mereka itu tadi , mereka pun terus ke surau untuk solat makhrib . Selepas solat mereka akan mendengar ceramah yang akan di sampaikan , Nurul berasa matanya amat pedih kerana mengantuk . Selesai saja aktiviti yang dijalankan itu tadi , mereka perlu mengemaskan diri lalu terus tidur . Sewaktu Nurul,Miza dan Zulaikha selesai mengemaskan diri , mereka di serbu oleh kumpulan masing-masing . Mereka mahukan nombor telefon untuk telefon apabila berpisah nanti . Nurul pun memberikan nombor telefonnya kepada kumpulannya tetapi niat hati Nurul hanyalah untuk berkawan dan berseronok , bukan untuk bercinta atau apa-apa . Sedang seronok-seronok mereka berborak , seorang petugas kem memarahi kami semua kerana tidak tidur lagi . Mereka pun memasuki khemah masing-masing dan terus melelapkan mata mereka . Nurul,Zulaikha dan Miza terus melelapkan mata mereka kerana bermacam-macam aktiviti yang telah mereka lalui . Pada keesokan harinya , selepas selesai Nurul,Zulaikha dan Miza mengemaskan diri , mereka mengemaskan khemah mereka . Dalam mereka sedang mengemaskan khemah , dua orang petugus perumpuan memarahi mereka kerana tidak berkumpul lagi untuk acara bersurai . Mereka pun berkumpul di tempat yang sepatutnya , Nurul memandang-mandang ke arah belakangnya , Nurul melihat mama dan abahnya datang melihatnya . "abah , mama !"Nurul bersuara sambil melambai-lambai ke arah ibu dan bapanya . "Selesailah sudah acara terakhir Kem Remaja Gemilang ! dengan ini saya menutupkan Kem Remaja Gemilang , sekian , terima kasih"ujar pengacara itu . Selepas mereka bersurai , mereka pun pulang ke kediaman masing-masing . Nurul,Zulaikha dan Miza pun pulang ke rumah masing . Nurul berasa sangat seronok berada di sana dan kenangan-kenangan di sana tidak dapat dilupakan . Nurul sangat gembira kerana hubungan dia,Miza dan Rasyiqah seperti dahulu kala . "Mungkin ini hikmahnya . . . kawan lama sudah kembali , dapat pula lagi kawan baru . . bertambah-tambah kawanku . . Alhamdulillah . . " bisik hati Nurul . Nurul berasa yang dia tidak mahu kehilangan kawan-kawannya buat kali ke-2 . Nurul amat menyayangi kawan-kawan dan dia akan selalu berdoa supaya hubungan dia dengan kawan-kawannya berkekalan hingga ke akhir saat . . ! itulah misi dan visi Nurul ! ! !


-TAMAT-

No comments:

Post a Comment